Alor Gajah


Selamat Datang ke Daerah Alor Gajah
Majlis Perbandaran Alor Gajah
"Alor Gajah Progresif"


Adat Minang dijunjung sudah,
Adat Temenggung tidak dilupa;
Selamat datang ke Alor Gajah
Bandar progresif lagi ternama.

Sejarah Alor Gajah

Alor Gajah yang terkenal dengan pahlawan Naning iaitu Dato' Dol Said yang menentang British di dalam Perang Naning  pada tahun 1832 adalah dari sebuah kawasan hutan yang dipercayai menjadi laluan gajah-gajah liar, kini Alor Gajah menjadi sebuah daerah yang sedang pesat membangun.

Daerah Alor Gajah yang mengandungi tiga (3) buah bandar dan 16 buah pekan-pekan kecil. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 66,302 hektar yang merangkumi 31 buah mukim.

Majlis Luar Bandar Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta 171, Akta Kerajaan
Tempatan 1976 dan diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Alor Gajah pada 1 Julai 1978.
Kini daerah Alor Gajah mempunyai bilangan penduduk seramai 131,870 orang mengikut bancian penduduk pada tahun 2000. Pekan Alor Gajah terletak 24km dari bandar Melaka dan kini merupakan salah satu pintu masuk utama ke negeri Melaka melalui Lebuhraya Utara-Selatan. 

Sejarah Majlis Perbandaran Alor Gajah

Majlis Daerah Alor Gajah telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) mulai daripada 1 Julai 1978. Penyusunan semula ini meliputi seluruh daerah Alor Gajah. Seterusnya Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah pada 1 Mei, 2003. 


Majlis Perbandaran Alor Gajah kini adalah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbandaran serta membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk di daerah Alor Gajah dengan :


Memperbaiki dan menaikkan taraf kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan secara am.
Menggalakkan penglibatan penduduk dan sektor swasta dalam program pembangunan Perbandaran.
Mengorientasikan Majlis Perbandaran Alor Gajah ke arah kecemerlangan melalui budaya kerja yang cemerlang.
Menguruskan sumber-sumber ekonomi dengan efisyen dan memastikan arah serta trend pembangunan selaras dengan matlamat negeri dan polisi-polisi negara.
Pembangunan kawasan pentadbirannya telah maju serentak dengan pembangunan keseluruhan negeri Melaka dengan penekanan utama dari sektor-sektor perindustrian, pelancongan dan pertanian. Kewujudan insfrastruktur turut mempercepatkan aliran masuk para pelabur tempatan dan para pelabur asing untuk menanam modal dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Visi

Menjadikan MPAG unggul berteraskan teknologi dan nilai-nilai murni selaras dengan cabaran globalisasi dalam membentuk komuniti yang progresif

Objektif

Menguruskan Majlis secara sistematik menepati aspirasi komuniti dan kerajaan
Menguruskan kewangan secara berhemah dan memastikan pulangan yang setimpal kepada komuniti
Menguatkuasakan undang-undang secara konsisten ke arah mewujudkan komuniti yang sejahtera
Menyediakan prasarana ICT yang kebolehpercayaan dan kebolehcapaian
Menerapkan semangat kekitaan dan perkongsian tanggungjawab di kalangan komuniti terhadap sistem percukaian perbandaran
Merancang pembangunan perbandaran dan pemeliharaan alam sekitar ke arah pembangunan lestari
Mengawal pembangunan secara efisyen dengan mengambil kira warisan senibina untuk menjamin keunikan, keselesaan dan keselamatan kepada komuniti
Memastikan perancangan, perlaksanaan dan penyelenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur melebihi ekspektasi komuniti
Menampilkan kawasan perbandaran dan komuniti sebagai model estatika dan sumber rujukan landskap bandar dalam taman
Menyediakan persekitaran bersih yang dapat melahirkan komuniti yang sihat dan produktif ke arah mempertingkatkan pencapaian sosio ekonomi
Mempromosikan Alor Gajah sebagai perbandaran maju pesona yang mesti dikunjungi kerana keindahan semulajadi, teknologi, rekreasi, warisan dan keikraman komuniti

Logo




Bunga Rasmi

Bunga Kertas


Bunga Kertas adalah daripada jenis pokok renek. Pokok ini dipercayai berasal daripada Brazil. Pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan. Pokok ini boleh hidup seperti pokok renek biasa dan berbunga hampir sepanjang masa. Ia akan berbunga dengan lebat pada musim panas yang terik. Pokok ini kurang mengeluarkan bunga jika terlebih baja atau disiram dengan air yang terlalu banyak.

Pokok ini mempunyai bentuk daun yang hampir sama bagi semua spesis iaitu berbentuk bujur dan tirus. Ciri-ciri yang menjadikan pokok ini menarik adalah kerana kelopaknya yang mempunyai berbagai-bagai warna.

Nama Saintifik : Bougainvillea
Nama Biasa : Bunga Kertas
Keluarga : Nyctaginaceae

Mukim-mukim Daerah Alor Gajah

1. Ayer Pa'Abas
2. Belimbing
3. Beringin
4. Brisu
5. Tanjong Tuan (Cape Rachado)
6. Durian Tunggal
7. Gadek
8. Kelemak
9. Kemuning
10. Kuala Linggi
11. Kuala Sungei Baru
12. Lendu
13. Machap
14. Masjid Tanah
15. Melaka Pindah
16. Melekek
17. Padang Sebang
18. Parit Melana
19. Pegoh
20. Pulau Sebang
21. Ramuan China Besar
22. Ramuan China Kechil
23. Rembia
24. Sungai Baru Ilir
25. Sungai Baru Tengah
26. Sungei Baru Ulu
27. Sungai Buloh
28. Sungai Petai
29. Sungai Siput
30. Taboh Naning
31. Tanjong Rimau
32. Tebong

Tempat-tempat tarikan pelancongan Daerah Alor Gajah


Rekreasi
1. A'Famosa Golf Resort, Water World, Safari, Cowboy Town, Golf Course
2. Balai Cerap Al-Khawarizmi
3. Pantai Pengkalan Balak
4. Pantai Tanjung Bidara
5. Pantai Telok Gong
6. Pulau Konit
7. Dataran Alor Gajah
8. Taman Rekreasi Bukit Beringin
9. Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam, Machap
10. Desa Paku
11. Pusat Perahu Layar, Pengkalan Balak

Eko-Pelancongan
1. Air Panas Cherana Putih
2. Air Panas Gadek
3. Cape Rachado Birds Sanctuary
4. Perkampungan Orang Asli Machap Umboo
5. Hutan Simpan Sungai Udang
6. Muara Sungai Linggi
7. Paya Bakau, Sungai Linggi
8. Pusat Penetasan Penyu Pengkalan Balak
9. Empangan Durian Tunggal

Sejarah
1. Rumah Api Tanjung Tuan
2. Kota Belanda, Fort Supai
3. Batu Megalith
4. Kubur British (Sek. Keb. Alor Gajah 1)
5. Muzium Alor Gajah
6. Makam Dato' Dol Said
7. Rumah Datuk Naning
8. Masjid Tanah

Agro
1. Dusun Buah-buahan D'Paradise
2. Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang

Penginapan
1. A'Famosa Resort
2. Tanjung Bidara Beach Resort
3. Samudera Resort
4. Casa Rachado, Tanjung Tuan
5. PNB Ilham Resort, Tanjung Tuan
6. Homestay Kampung Sri Tanjung
7. Homestay Kampung Ayer Limau

Produk Makanan
1. Kueh Udang Alor Gajah
2. Tapai Sarimah (Tanjung Bidara)
3. Kuih Bakar (Kelemak, Kuala Ina & Pulau Sebang )
4. Ikan Sembilang Salai (Kampung Paku, Sungai Buloh)
5. Kompleks Ikan Bakar: Persatuan Nelayan Kuala Sungai Baru, Pengkalan Balak, Kuala Sungai Baru (MPAG), Fort Supai, Kuala Linggi
6. Kuih Bahulu (Kampung Seri Jeram, Kelemak, Belimbing Dalam)
7. Rempah (Aroma IKS Ayer Paabas)
8. Jeli Kelapa (Kuala Sungga)
9. Dodol (Ayer Paabas & Melaka Pindah)
10. Cencalok / Belacan (IKS Ayer Paabas)
11. Nasi Ayam Nadia
12. Biskut Tongkat
13. Minuman Lonchan
14. Kuih Ros
15. Kuih Denderam Ayer Limau

Pusat Kraftangan
1. Kraftangan Mengkuang (Ayer Paabas)
2. Pusat Kraftangan Paya Datuk
3. Pusat Kraftangan Jalan Kemus
4. Pusat Kraftangan Taboh Naning